Saya nak share tips utk bawa kenderaan masuk ke negara thailand…
Sediakan item ni sebelum bertolak ke thailand
1.passport
2.salinan geran kenderaan
3.slip maklumat kenderaan (dapatkan di pejabat jpj berhampiran rm20 utk sekeping bole digunapakai setahun)
Bila anda sampai berhampiran border anda bole lihat kedai2 utk membuat insurans kenderaan utk masuk ke negara thailand
Pastikan anda beli…
1.insurans kenderaan mengikut tempoh yg diperlukan
2.slip pasport (kertas putih kecil utk dikepilkan bersama pasport)
Semasa tiba di imigresen malaysia serahkan pasport utk semakan
setelah selesai teruskan perjalanan hingga ke imigresen thailand.
Serahkan pasport bersama slip kertas putih kecil pd pegawai imigresen.
setelah selesai urusan pasport
serahkan salinan geran , slip data kenderaan pada pegawai kastam n deklarasi thailand…
Anda akan diberi 1 borang utk tandatangan….
Selesai tandatangan anda da bole meneruskan perjalanan ke negara thailand
Semoga perkongsian ini bermanfaat
Bole share jika tiada keberatan semoga ia bermanfaat buat semua

/* fb group poster start */ /* fb group poster end*/